Tuesday 11 December 2012

Bersifat Amanah





















Sifat AMANAH adalah suatu teras kecemerlangan, kebahagiaan dan kemakmuran hidup di dunia dan akhirat. Orang-orang yang mengabaikan sifat amanah adalah mereka yang menempah kegagalan, penderitaan dan kecelakaan bukan sahaja di dunia bahkan di hari akhirat nanti.

Amanah dengan pekerjaan, penjagaan masa, kehidupan dan sifat kepimpinan adalah berkait rapat dengan beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan melakukan kebenaran dan kesabaran.

Kegagalan menunaikan amanah dan menjaga kepentingan masa dikategorikan sebagai kerugian, seperti yang dijelaskan oleh Firman Allah SWT dalam Suratul- 'Asr: Yang bermaksud:
"Demi masa (1) Sesungguhnya manusia itu (semuanya) berada di dalam kerugian (2) Melainkan mereka yang beriman, dan beramal soleh(baik), dan mereka yang berpesan-pesan (supaya) melakukan (menegakkan) kebenaran, dan berpesan-pesan (supaya) mengutamakan kesabaran (3). Suratul-'Asr (1-3).

Kalau dilihat perkataan "Aamanuu" (beriman) adalah dari kata dasar "Alif di atasnya hamzah, mim, nun" iaitu kata dasar yang sama dengan perkataan "Amanah" cuma kata dasar "Aamanuu" iaitu "Alif di atasnya hamzah, mim, nun" disebut "amana" huruf mim berbaris fathah (atas) manakala kata dasar bagi amanah disebut "amina" huruf mim berbaris kasrah (bawah). Ini membawa makna iman adalah teratas bagi segala-galanya, yang utama dan pertama pada penilaian Allah SWT.


Amanah adalah satu perkara yang wajib dijunjung dan dijulang dari bawah di angkat ke atas, umpama mengangkat martabat mereka yang menunaikan amanah itu sendiri.



Orang yang meminimakan masa (menghargai masa dan mengelakkan dari bertangguh) dengan memaksimakan usaha adalah mereka yang berusaha sedaya upaya menunaikan amanah sesuai dengan tahap keimanan yang dimilikinya. Kalau "A" tahap keimanan seseorang maka "A"lah gred amanah seseorang itu lalu "A"lah pula pencapaian prestasi dan kualiti kerjayanya dunia dan akhirat. Demikian seterusnya mengikut ukuran.

Allah SWT tidak membebankan sesuatu kepada kita melainkan sesuai dengan keupayaan yang kita miliki dari berbagai aspek. Maka kita layak menikmati sesuatu dari apa yang kita usahakan dan sebaliknya kita akan terima kegagalan dari hasil kecuaian kita dalam meningkatkan daya usaha kita sehingga bersesuaian dengan keupayaan sebenar yang kita miliki. Seperti Firman Allah SWT dari Surah : Al-Baqarah (Ayat 286) Yang mafhumnya:
"Allah (sekali-kali) tidak membebankan (sesuatu) kepada seseorang melainkan sesuai dengan keupayaan (yang dimiliki)nya, maka bagi seseorang itu pahala (kejayaan) atas apa yang telah diusahakannya dan sebaliknya ke atas merekalah dosa (kegagalan) dari apa yang mereka usahakan (secara cuai)".

Demikianlah sifat Amanah sangat penting dalam hidup seharian kita, berlaku jujur dan bersifat bersederhana dalam kehidupan seharian kita. Setiap apa yang Allah beri pada kita akan dipersoalkan di kemudian hari. Bersama-samalah ingat -memperingati agar kita tidak leka hidup di dunia yang bersifat sementara ini.

Saturday 3 March 2012

100 Hari Tanda Kematian


Assalamualaikum dan selamat malam...

Malam ini, saya ingin membicarakan tentang kematian...
Jom kita saling ingat-mengingati di antara satu sama lain..

Bersihkanlah diri mu sebelum dirimu dibersihkan...
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan! Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan! 
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan! Dengan kain
kafan yang serba putih! Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih...

Walaupun orang yang hadir itu merintih... Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai.... Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam berserta Fatihah, selawat dan doa.... Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah .Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus.... segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud.... dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.... 


Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat.... Usunglah dirimu ke tikar Solat.... Sebelum kamu diusung ke liang lahad.... Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid.... Sebelum kamu diiringi ke Pusara! Tangisilah dosa-dosamu di dunia.... Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'! Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan! Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ... dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan! Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan! Kerana ianya berguna untuk yang tinggal... bukan yang pergi! Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan! Ingatlah di mana saja kamu berada.... Kamu tetap memijak bumi Tuhan! Dan dibumbungi dengan langit Tuhan! Serta menikmati rezeki Tuhan! 


Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya! Ingatlah kamu dahulu hanya.... setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging! 
Lalu daging itu membaluti tulang! 
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu.... Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu! Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu... Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia.... Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat! Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'... Dengan penuh rela dan bersedia! Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'... Jalan kemenangan akhirat dan dunia! 
Ingatlah yang kekal ialah amal.... Menjadi bekal sepanjang jalan! 
Menjadi teman di perjalanan.. .... Guna kembali ke pangkuan
Tuhan! Pada hari itu tiada berguna.... Harta, tahta dan putera.... Isteri, kad kredit dan kereta.... Kondominium, saham dan niaga.... Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!! " 
Saling
berpesan-pesan untuk ke arah kebaikkan"

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!
 
BACALAH DENGAN TELITI!!! Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.


 Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini
rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI 

 Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,
mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI 
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang
diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI 

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI 
 Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan
merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana
ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar
keesokan harinya.

TANDA AKHIR 

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatanganmalaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita........sumber dari 
 Ajdanga66.blogspot.com - Syukran jazilan.